BUKIT BESI CHERAS


macam biasa... menjelang pendakian ke gunung kinabalu penghujung mac nanti, latihan harus dilakukan secara berkala agar aku sentiasa bersedia untuk menempuhi ketinggian gunung paling tinggi di asia tenggara itu.

so hari ni aku berkesempatan untuk join cousin aku dan beberapa rakan tamannya untuk mendaki bukit besi. letaknya bukit besi ni di alam damai, kemungkinan namanya diambil dari nama sungai besi, sebab laluannya pun boleh dikatakan dalam kawasan sungai besi.

actually aku dah berhajat lama nak try bukit ni, tapi barulah hari ni berkesempatan. bukit ni tak le tinggi mana, tapi sangat baik untuk latihan, tambahan cabaran pendakian dan penurunan bukit yang curam, ia cukup menduga kesabaran.

untuk hari ini kami naik berenam. hanya 2 termasuk aku masih dikategorikan muda. 4 lagi veteran lah senang kata. tapi semangat mereka tinggi. malu aku..


memulakan pendakian ke bukit besi.. ia terletak sangat hampir dengan shoplot baru alam damai. landmark paling senang iaitu restoran al-mashoor dan ocbc bank. parking je kereta di kawasan sana, seberang jalan ke lereng semak bukit. di situ ada kondominium sedang dalam pembinaan, dan jalan permulaan pendakian disebelahnya, dilaluan ke tangki air



                                                            .Hasil carian imej untuk bukit besi cheras

                                                       Hasil carian imej untuk bukit besi cheras

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Chamah

GUNUNG JERAI

Gunung Angsi