Gunung Angsi

Pendakian Gunung Angsi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Setelah agak lama tidak mendaki gunung, pada tarikh 14.1.2018 (Sabtu) saya telah berkesempatan untuk mendaki Gunung Angsi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Nilai melalui lebuhraya LEKAS dan exit Seremban/Kuala Pilah. Selepas exit ambil jalan menuju ke Kuala Pilah dan akan melalui Bukit Putus. Selepas melalui Bukit Putus, lebih kurang 2 atau 3 km di hadapan, kita akan berjumpa dengan papan tanda Hutan Lipur Ulu Bendul di Sebelah kanan. Jarak dari Cheras ke Hutan Lipur Ulu Bendul lebih kurang 76Km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Boleh guna Waze atau google maps untuk cari Hutan Lipur Ulu Bendul.


Saya sampai seawal jam 7.00 pagi di Hutan Lipur Ulu Bendul. Terdapat kemudahan untuk orang ramai disini untuk bersarapan dan membeli barang keperluan. Banyak terdapat gerai-gerai yang menjual makanan kepada orang ramai di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul ini. So kalau sampai awal di sini tiada masalah untuk bersarapan pagi. Tempat parking kenderaan juga disediakan dan kawasan tersebut agak luas untuk meletakkan kenderaan.

Hutan Lipur Ulu Bendul merupakan pintu masuk untuk mendaki Gunung Angsi. Selalunya pada hujung minggu orang ramai akan datang ke sini untuk bersantai bersama keluarga untuk mandi air terjun. Terdapat kemudahan asas di sini seperti tandas awam, gerai-gerai makanan untuk kemudahan orang ramai. Terdapat juga tapak perkhemahan di kawasan ini untuk orang ramai dan jabatan melakukan aktiviti di sini. Selalunya pendaki akan mendaki Gunung Angsi secara Daypack. Jika ingin camping mereka akan camping di kaki gunung Angsi yang mempunyai aliran air terjun yang cantik lagi mendamaikan.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul adalah terbuka kepada orang ramai, jabatan kerajaan serta swasta untuk berkhemah. Untuk sebarang aktiviti perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Bendul boleh menghubungi Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Pilah di talian 06-4811036. Pertanyaan juga boleh dibuat di Pejabat Hutan Ulu Bendul di talian 06-4888950. Kena booking awal untuk berkhemah kerana tempat ini sentiasa menjadi tumpuan untuk aktiviti tersebut. Boleh juga tanya mereka untuk mendapatkan GUIDE Gunung Angsi...nanti mereka akan bagi nombor telefon GUIDE. (GUIDE Gunung Angsi : En. Ali - RENJER Pejabat Hutan Ulu Bendul : 010-3166252 : Boleh contact beliau) Sedikit bayaran akan dikenakan untuk aktiviti perkhemahan iaitu untuk bayaran tapak perkhemahan. Nanti boleh tanya Pejabat Hutan Kuala Pilah kay....

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Chamah

GUNUNG JERAI