Posts

Showing posts from May, 2018

Bukit Keluang Terengganu

Image
Assalamualaikum Rasa macam sudah lama tak mendaki bukit! Harapnya stamina masih lagi kekal utuh & tak ke laut! hahaa... Mountain is callingggg..... Nutshell is back gais selepas mereput buat sekian lama dari aktiviti hiking & lasak! Lepas ni aku akan banyak update pasal aktiviti aku kat belah-belah Pantai Timur ni! Selamat tinggal dengan kehidupanku di kotaraya! Uhukkkk.... Apapun, kehidupan harus diteruskan! cerita seterusnya aku nak mendaki ke Bukit Keluang. Bukit Keluang ni terletak di Besut, Ganu kiter! Perjalanan dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa lebih kuran Permulaan pendakian agak semput sebab kena mendaki tangga yang agak curam. Lepas tu trek agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Macam kat Bukit Saga, Gunung Datuk & Angsi skit. Tapi mencanak dia tak kejam sangat. Dalam 30 minit korang dah boleh sampai kat puncak kalau tak banyak berhenti rehat. Tinggi dia lebih kurang 200m je dari aras laut. Tak sempat pun nak pewai sangat. puii.. ha

GUNUNG NUANG

Image
KETINGGIAN: 1493 METER TAHAP KESUKARAN: MODERATE MASA MENDAKI: 5 JAM LOKASI: SELANGOR PAHANG SEMANJUNG MALAYSIA   HEHE TRIP SETERUSNYA IALAH KE GUNUNG NUANG... PUNCAK KE GUNUNG NUANG TERLETAK DI ATAS SEMPADAN NEGERI SELANGOR PAHANG DAN NEGERI SEMBILAN... GUNUNG INI MENJADI SASARAN PENDAKI KERANA MERUPAKAN GUNUNG TERTINGGI DI SELANGOR,,  DI PUNCAK GUNUNG TELAH DIBINA PENANDA PUNCAK BERBENTUK TIGA SEGI DARIPADA BESI....

GUNUNG PULAI KEDAH

Image
gunung pulai kedah KETINGGIAN: 654 METER TAHAP KESUKARAN: EASY TO MODERATE MASA PENDAKIAN: 3 JAM 30 MINIT TEMPAT: BALING KEDAH Gunung pulai mula disebut sebut oleh pendaki di malaysia kerana mempunyai struktur gunung yang berbatu yang akan memberikan cabaran kepadaa pendakii... jika ingin mendaki gunung pulaianda dinasihatkan untuk menggunakan khidmat malim gunung kerana laluan untuk mendaki yang tidak berapa jelas ... kawasan puncak gunung pulai yang agak panas dan anda dinasihatkan membawa air minuman yang banyak nagi mengelakkan kahausan...

BUKIT BOTAK SHAH Alam

Image
Kawasan ini kira baru lagi, masih belum diterokai sepenuhnya, sesuai untuk aktiviti riada bersama dengan keluarga. Trail terlalu mudah, tidak memenatkan bagi yang sudah biasa mendaki, tetapi untuk mereka yang baru pertama kali mencuba mungkin akan berhadapan dengan sedikit cabaran. Untuk sampai ke puncak, tidak perlu gusar akan tersesat kerana daripada permulaan track sudah ditanda dengan plastik Caution berwarna merah putih, hanya perlu mengikut tanda itu akan bawa anda sampai ke puncak. Menjanjikan pemandangan hijau pokok kelapa sawit buat penat lelah anda hilang dan menggamit ketenangan sekiranya tiada ramai di puncak. Sebagaimana kami mendaki, ketika itu tiada kelihatan pendaki lain hanya kami berdua, masing-masing mencari sudut sendiri untuk berehat dan menghayati pemandangan.  Rimbunan pohon kelapa sawit kelihatan menghijau Permulaam mendaki perlu melalui kebun kelapa sawit. Selepas menempuh kebun kelapa sawit yang pertama, akan disajikan denga

gunung ledang

Image
ketinggian: 1243 meter masa: 4 jam Salam hormat kepada pembaca yang dikasihi. Post kali ni nak share pengalaman mendaki Gunung Ledang... Saya dah lama bercita-cita nak mendaki Gunung Ledang kerana popularitinya sebagai antara gunung yang sukar didaki dan kisah lagendanya. Pendakian kami pula tidak dirancang sebab tiba2 lepas dinner kawan kami yang benama cruz hantar whatsapp ajak pergi mendaki Gunung Ledang... kami pun setuju dan terus pack barang untuk mendaki esoknya. Saya dan Isteri bertolak dari rumah di Melaka selepas subuh menuju ke Daerah Ledang Sebelum mendaki, kami mendengar taklimat dari Guide. Menurut Encik Guide ketinggian Gunung Ledang lebih kurang 1276 meter dan antara 10 gunung yang sukar didaki di Malaysia... untuk mendaki Gunung Ledang sekarang ni kena ada guide...tak boleh mendaki sendiri. peta trail pendakian Gunung Ledang... setelah meneliti dengan tekun peta trail Gunung Ledang, kami pun melakukan sedikit senaman regangan dan memulakan pendakian.

GUNUNG DATUK

Image
KETINGGIAN: 884 METER TAHAP KESUKARAN: EASY MASA PENDAKIAN 3 JAM 30 MINIT TEMPATA; REMBAU NEGERI SEMBILAN GUNUNG DATUK MERUPAKAN PUNCAK TERTINGGI DI DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN... MENJADI LOKASI INDAH UNTUK AKTIVITI RIADAH BAGI MEREKA YANG GEMAR  MENDAKI GUNUNG... GUNUNG DATUK ADALAH GUNUNG YANG POPULAR BERIKUTAN MEMPUNYAI FLORA DAN FAUNA YANG BELUM TERCEMAR DAN KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI

GUNUNG BALING

Image
KETINGGIAN: 420 METER TAHAP KESUKARAM:MEDIUM MASA MENDAKI 3 JAM TEMPAT: BALING KEDAH MISI UTAMA KE GUNUNG BALING SEMESTINYASBB NAKNIKMATI PEMANDANGAN DI PUNCAK DAN BERGAMBAR SAKAN DENGAN PELBAGAI POSE SEMATA MATA UNTUK MENDAPATKAN LIKE SEMATA MATA... HEHHEEE... TAK TAK.. TUJUAN KAMI ADALAH UNTUK MELIHAT KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN

BUKIT BESI CHERAS

Image
macam biasa... menjelang pendakian ke gunung kinabalu penghujung mac nanti, latihan harus dilakukan secara berkala agar aku sentiasa bersedia untuk menempuhi ketinggian gunung paling tinggi di asia tenggara itu. so hari ni aku berkesempatan untuk join cousin aku dan beberapa rakan tamannya untuk mendaki bukit besi. letaknya bukit besi ni di alam damai, kemungkinan namanya diambil dari nama sungai besi, sebab laluannya pun boleh dikatakan dalam kawasan sungai besi. actually aku dah berhajat lama nak try bukit ni, tapi barulah hari ni berkesempatan. bukit ni tak le tinggi mana, tapi sangat baik untuk latihan, tambahan cabaran pendakian dan penurunan bukit yang curam, ia cukup menduga kesabaran. untuk hari ini kami naik berenam. hanya 2 termasuk aku masih dikategorikan muda. 4 lagi veteran lah senang kata. tapi semangat mereka tinggi. malu aku.. memulakan pendakian ke bukit besi.. ia terletak sangat hampir dengan shoplot baru alam damai. landmark paling senang iaitu restoran al-mashoor da

GUNUNG JERAI

Image
KETINGGIAN: 1380 METER MASA PENDAKIAN: 3 JAM Gunung Jerai, yang sebelum ini dikenali sebagai "Puncak Kedah" dikatakan antara puncak tertinggi ke-2 di Kedah yang menakjubkan terletak di sepanjang pinggir pantai negeri ini. Gunung ini telah memainkan peranan penting bagi peniaga kapal pertama dari India dan Arab untuk mendarat dengan selamat. Seperti yang dikatakan oleh pelaut purba, mereka menganggap gunung ini sebagai tapak yang suci dan telah membina banyak kuil di atasnya. Gunung Jerai merupakan singkapan batu kapur dengan komposisi bunga gunung unik yang menaik. Selebar 8560 hektar adalah hutan rizab yang dilindungi. Gunung Jerai adalah 1,380m di atas paras laut dan ia boleh dilihat dari seluruh Selat Melaka. Pada hari yang cerah, di atas gunung ini anda boleh melihat pemandangan sawah padi yang terbentang di sehingga ke Perlis dan laut sekitar Pulau Pinang serta pulau-pulau di sekitar Langkawi. Pengunjung boleh menikmati panorama indah ini sambi

BUKIT TABUR

KETINGGIAN:  396 METER TAHAP KESUKARAN- EASY TO MEDIUM MASA: 3 JAM LOKASI: TAMAN MELAWATI  MALAYSIA PENDAKIAN YANG BERMULA MELALUI DENAI KAMPUNG KLANG GATES 50 METER DARI EMPANGAN KLANG GATES, DI BELAKANG TAMAN MELAWATI BAGI PENDAKIAN CEPAT 3-4JAM... PUNCAKNYA YANG MEMBERIKAN  PEMANDANGAN EMPANGAN YANG MENGAGUMKAN....

Bukit Kutu

Image
Ketinggian: 1090 ,meter Masa pendakian: 3 jam Assalamualaikum... Baru-baru ni aku sempat hiking ke Bukit Kutu. Pe rjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur. Ia terletak di  daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang  berhampiran Kampung Pertak, Selangor.  Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak.

BUKIT BROGA

Image
BUKIT BROGA KETINGGIAN: 400 METER TAHAP KESUKARAN: EASY TO MEDIUM MASA PENDAKIAN: 30 MINIT KE 45 MINIT TEMPAT: PEKAN SEMENYIH SELANGOR Bukit broga ni mempunyai ketinggian yg biasa sahaja.. tapi hati walaupun tak tinggi ada juga berlaku kes pendaki sesat.. bukit broga mempunyai rahsia yang sendiri,, kalau nak hiking di bukit broga mulut jangan celupar sangat.. hehehe anda boleh parking kereta di kaki buki di tempat yg disediakan.. dulu harga parking ikut sebuah kereta sekarang ikut kepala berapa penumpang yang ada di dalam kereta... di kaki bukit juga ada disediakan kedai makan surau dan tandas... boleh memulakan pendakian di senai melalui kelapa sawit,, jangan risau trek untuk ke puncak amat terang tapi berhati hati kerana permukaan tanah yg licin... saya syorkan anda untuk memulakan pendakian seawal 5.30 petang.. nanti anda akan menyaksikan keindahan alam iaitu fenomena matahari terbit.. sungguh mengujakan dan kita akan berasa kerdil setelah melihat keangunggan ciptaan ALL

PINE TREE HILL

KETINGGIAN: 4777 KAKI TAHAP KESUKARAN: MODERATE MASA PENDAKIAN: 6 JAM LOKASI: FRASER HILL TRIP SANTAI KE PINE TREE HILL... PADA MULA KAMI INGIN KE PINE TREE SAHAJA KEMUDIAN KAMI TERUSKAN KE TWIN PEAK HILL/\... SUASANA PENDAKIAN YANG SANTAI KERARA UDARA YANG NYAMAN.... TIDAK BERASA PENATTT SANGATT,,, PINTU MASUK KE PINE TREE HILL ADALAH BERDEKATAN DENGAN RUMAH REHAT TM.... TAPI PANJNANG JUGA TRAIL DIA... HEHEEHHE     Trek pendakian pada mulanya agak santai sambil kami ligat bercerita antara satu sama lain. Sempat berkenal-kenalan sambil trekking.  Trek yang kami lalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat mengenai trek pine tree hill.  Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok pertama dan pondok kedua yang masih berdiri. Yang lainnya sudah rebah.  Terdapat banyak pokok-pokok besar yang tumbang dan merintangi trek.  Trek juga dilengkapi dengan tali pemegang unt

Bukit Saga

Ketinggian: 402 meter Masa: 1 jam 30minit Assalamualaikum.... Kali ni aku & the gang nak pergi hiking kat Bukit Saga.   Bukit ni terletak di  kawasan perumahan Taman Saga, Ampang, Kuala Lumpur. Kat tengah-tengah bandar ni sebenarnya ada banyak je bukit untuk didaki.  Ketinggian bukit ni lebih kurang 402 meter dari aras laut.   Ni la starting point untuk ke Bukit Saga Permulaan trek Bukit Saga adalah di Jalan Saga 28. Terdapat tangga kecil untuk menuju ke Bukit Saga.