GUNUNG IRAU

GUNUNG IRAU GUNUNG LUMUT TERCANTIK DI CAMERON HIGHLANDS

25 MEI 2017

WALAUPUN MISI NI DAH LAMA BERLALU TAPI SAYA NAK POST JGK. hehehehe

STATUS GUNUNG: KE-9 TERTINGGI DI SEMENANJUNG DAN 15 DI MALAYSIA

KETINGGIAN; 2110 METER

LOKASI; CAMERON HIGHLAND

Misi irau seramai 8 orang. keseluruhan pendakian kami selama 6 jam 25 minit. Kami menggunakan guide dan permit semestinya kena buat kalau tak abis laaa kalau kantoi. pendakian kami boleh dikatakan laju jugak kerana berdasarkan guide biasanya pendaki memerlukan masa lebih 8 jam untuk selesaikan pendakian. Jalan amat berlopak dan berlumut yang amat licin. hati-hati apabila di sana lagi2 kalau hari hujan.

bayaran guide iaiti RM250 dan bayaran untuk 4 wheel RM25 seorang. ada yang tanya boleh tak kalau pergi dengan kereta atau jalan kaki untuk ke starting point.

boleh jew tapi kalau tak sayang kereta laaa.haha. untuk ke starting point anda perlu melalui ladang teh boh. kalau nk jalan kaki tak pasal2 nk ke gunung irau terbantut.hehe

pendakian kami bermula pada pukul 8.25 pagi biasa la lambat sikit, lelaki kan mesti dsbbkan bangun lambat. tidur di cameron dengan cuaca yang sejuk buat kami jadi malas tapi demi gunung irau kami sanggup.

sepanjang pendakian kami banyak melalui jalan yang berlumut. mmg cantik sangat dah mcm dalam cerita lord of the ring. pokok periuk kera pon banyak dan macam2 lagi jenis tumbuhan, kami tak bernasib baik untuk melihat bunga rafflesia kerana bukan musim, tkpe lha tujuan kami untuk melihat keindahan tuhan iaitu mossy forest.





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Chamah

GUNUNG JERAI

Gunung Angsi