Posts

Showing posts from February, 2018

Gunung Chamah

Image
Ketinggian: 2100 meter Tempat: kelantan Gunung Chamah merupakan salah satu daripada  gunung  yang dikenali sebagai G7, iaitu tujuh puncak tertinggi di  Semenanjung Malaysia   yang melebihi ketinggian 2,100m (7,000 kaki) a.p.l. Kecuali  Gunung Tahan  yang terletak di Banjaran Tahan, kesemuanya adalah terletak di Banjaran Titiwangsa. Gunung Chamah adalah gunung keenam tertinggi di  Malaysia  dan yang tertinggi di  Kelantan . Ianya terletak berdekatan dengan sempadan negeri  Perak  dan merupakan salah satu gunung yang jarang dikunjungi dan terokai . Tidak banyak kajian dijalankan dipergunungan ini. Selain daripada tinjauan awal yang terkini dijalankan oleh WWF-Malaysia, kajian yang paling saintifik setakat ini ke atas kawasan Gunung Chamah ialah ekspedisi yang di kendalikan oleh JPNK dengan kerjasama JPSM dari 24 – 29 July 2011. Ekspedisi saintifik ini disertai oleh ahli-ahli sains dan penyelidik dari  Universiti Malaysia Kelantan ,  Universiti Sains Malaysia  dan Universtiti